Mesra Property

MENGAPA RUMAH SUKAR DIJUAL

Berikut ini fakta mengapa rumah sukar dijual walaupun anda sudah lama mempromosikan rumah yang anda jual :

1. Salah satu faktor rumah sukar terjual adalah masalah harga, check rumah dijual disekitar lokasi rumah anda. bandingkan harga rumah dijual yang sama jenis dan lokasi dengan anda. Jika rumah anda jauh di atas harga rumah rata-rata di sekitar lokasi maka rumah anda adalah MAHAL, sehingga rumah sukar dijual. Tentang harga memang sangat relatif ertinya banyak faktor yang mempengaruhi, namun sebaiknya anda mencari harga yang paling wajar iaitu harga yang tidak terlalu mahal juga tidak terlalu murah.

2. Faktor lain yang perlu diperhatikan ketika rumah sukar dijual adalah bagaimana pandangan rumah anda adakah menarik untuk dilihat. Jika perlu lakukan pengecatan ulang dan bersihkan dari barang-barang yang merosak pemandangan. Rumah yang kusam dan tidak rapi menyebabkan rumah sukar dijual. Cara yang efektif untuk memberi nilai tambah rumah yang sedang anda jual adalah dengan mengubah atau menambah, namun dengan cost yang termampu seperti membuat taman, repair pagar, mengecat ulang sehingga anda terhindar dari rumah sukar dijual.

3. Cara promosi yang menarik juga berpengaruh, rumah yang sukar dijual biasanya berpunca dari promosi yang kurang menarik baik di media masa, internet, mahu pun pemasangan banner di rumah. Buatlah promosi yang efektif sehingga anda akan terhindar dari rumah sukar dijual. Semakin banyak orang mengetahui rumah yang sedang anda jual semakin baik, kerana akan semakin banyak calon pembeli yang akan datang.

4. Gunakan lah khidmat perunding hartanah kerana kebanyakan perunding hartanah mempunyai ready buyer dikawasan tertentu dan cara marketing yang lebih luas.

No comments:

Post a Comment

Copyright © Mesra Property Urang-kurai